Monday, May 25, 2009

Kuching, Sarawak... 20-22 May 2009

Trip kali nie jalan2 ke Kuching town... Sarawak. Kalau tak kerana jemputan boss kesayangan ku ke wedding dinner dia, ntah bila la aku dapat jejakkan kaki kat Kuching nie.... Layan jelah gambar2 sepanjang 3 hari kat sane...







Kat LCCT sementara nak tunggu check in time.. awal sgt plak sampainya.. Anak2 minum susu dulu.. maklumla baru pukul 8 pagi..


Dalam flight Air Asia menuju ke Airport Kuching.. Hashilah tido dgn senang hati sebab ade seat kosong sebelah tu. Flight tak penuh pun..

Hazimi with mama & papa..


Malam tu, g wedding dinner boss aku nie ha.... Kat hotel Hilton depan Waterfront kat Kuching town nie.. Aku plak stay kat Tune Hotel berhadapan dgn Hilton tu. Anyway.. Congratessss to my dearest Boss.. Anthony Dylan.




With opismateku.. at the back is Herbie & wife, Maddie, Caron & aku..
Abis je majlis, amik gambar ngan boss dulu..


2nd Day... pagi lepas brekfast kat Lot 1 area Ariff Hotel, aku menghala ke Petra Jaya utk melawat Cat Museum.. kalau tak kerana bawak anak2, aku malas nak g jejauh atas bukit tu.. Muzium nie dalam bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching) yg terletak di Bukit Siol. hehe.. klakar name dia.


Lepas g jalan2 ke area Petra Jaya, aku ronda2 area Satok, byk betul kedai2 makan area sini. Pekan tak berapa besar pun.. Lepas tu g ke Main Bazaar road plak.. Shopping time... Malam plak, g dinner kat Top Spot. Tmpt yg kira famous & mmg meriah dgn mknn seafood. Ex-opimateku, Mary & Mellisa bwk aku dinner kat sane. Kalau dtg Kuching Town, wajib dtg makan kat sini utk rasa Kuey Teow Tomato Sos, Tiram goreng tepung, Pucuk Manis goreng dgn telur & Pucuk Paku goreng belacan..


Lepas makan malam, amik angin kat Waterfront pulak. Jalan sepanjang sungai, penuh dgn cafe2 & kedai makan seafood & steambot. Jalan waktu malam syok sebab tak panas.. lebih kurang 1km jugak pergi balik menyusuri tepi Waterfront tu.. Gambar bawah nie Waterfront di waktu siang hari.
Waterfront di waktu malam. Sepanjang2 lampu tu lah aku menapak cuci mata kat sane.
Anak-anakku... dah penat berlari, duduk kejap. Si hashilah nie tak pandai nak buat peaceeee mcm abg dia, mcm tu pun jadilahhhh...
Sementara anak2 berehat, mama & neneknya g beli kek lapis lagi.. tak cukup dah borong 2 dozen di siang hari, borong lagi di malam hari plak.
Tak sangka plak kat tepi Waterfront tu ade brother nie main alat muzik tradisional dia siap dgn costume lagi.. aku apelagi, tebalkan muka duk sebelah amik gambar. hahaha..
Lepas puas menapak kat area Waterfront, g plak kat Cat Statue dekat2 ngan hotel yg aku stay.. dah la replika nie tengah2 jalanraya.. buat muka tak malu je posing2 amik gambar. hehe..


Hari terakhir.. Lepas check out dalam kol 9 pagi, nak g cari Ikan Terubuk Masin yg popular kat Kuching nie utk bawak balik ke Semenanjung sebagai buah tangan.. Gambar bawah nie depan tangga kat Lobi Tune Hotel tu. Papa posing with Kelisa yg aku sewa selama berada dia Kuching nie.
Akhirnya sampai kat area Pasar Satok. Kedai Wawasan nie lah paling famous jual terubuk masin siap dgn nice packing utk kesenangan customer dia bawak naik flight. 2 kotak ikan terubuk masin sudah ditangan...

Keje2 membungkus ikan terubuk masin ke dalam kotak. Ikan yg gred paling mahal RM18.00 1 ekor. Paling murah RM10 4 ekor.

Pemandangan di Main Bazaar road. Penuh dgn kedai2 souvenier & t-shirt. Rambang mata sungguh tgok souvenier2 yg sgtttt menarik hati kat sini.




Lastly sebelum berangkat ke Airport... aku sefamily nak merasa naik sampan pergi ke seberang. Tambang hanya 50sen utk dewasa aje. Kenangan paling menakutkan buat Hazimi sebab sepanjang2 atas air, dia duduk diam & hampir2 menangis sebab takut. Sampan yg terumbang ambing bila kat atas air tu menggerunkan aku jugak sebenarnya... hehehe.. Gambar kat bawah nie asben aku snap bila sampan mula bergerak nak ke seberang. Tak jauh mane pun....
Pemandangan Hilton hotel & Waterfront dari tengah2 sungai masa dalam sampan.
Dua2 anak aku tgok kebelakang. Ntah ape yg diorang nampak ntah...
Pakcik nie dgn pakaian seragamnya... mempromosikan Hilton hotel kat sampan miliknya.. Aku amik kesempatan menyusuri sepanjang sungai nie. Pakcik nie charge RM20 selama stengah jam. Agak mahal... tapi nak merasa lama skit duk dalam sampan punya pasal... bayor jelah..
Sarawak Plaza kat tengah2 town & berhadapan dgn Tun Jugah Mall, tempat lunch hari terakhir.
Mee Kolok... sedappppppp.. ala2 meggie goreng. tapi mee dia lain skit. Dua kali aku makan mee kolok nie. Sekali masa breakfast kat Lot 1. Kedua makan kat Tun Jugah Mall foodcourt sebelum bertolak ke Airport
Laksa Sarawak.. taste dia ada rasa2 herba skit. Mihun dia pun agak kasar. Tapi sedap jugak la...

Dah sampai Airport... Rasa takmo balik.. 3 hari rasa mcm 3 jam je....
Sempat lagi pos sebelum nak masuk ke departure hall. Balik naik MAS. Sedih tak dapat snap gambar Pesawat Airbus MAS sebab kat luar dah gelap sebab hujan lebat. Sempat snap dalam pesawat je pun, jadilah... Ade rezeki, bleh naik lagi..
Hazimi tak sabar nak mkn, dapat je terus mkn sampai licin... Menu petang tu, pilihan antara Nasi Minyak Ayam Masak Merah atau Kentang rebus dgn ikan kurau bersos putih.
Masing2 dah kekenyangan... Naik flight diwaktu senja mmg dah tak nampak ape pun.. Pulak tu hujan lebat kat luar.. tawakal jelah.. Just duduk diam2 baca megazine jelah..
Sekian wassalam.... Ade rezeki, nak ke Sabah la pulak.. hehehe..

No comments:

Post a Comment