Monday, May 25, 2009

Bukittinggi Trip Day 3&4.. Last part.

Agak dah nak berkarat dah cerita ceriti utk hari ke 3 & 4 trip aku ke Bukit Tinggi, Sumatera barat Indonesia. Utk hari ne 3 nie, lepas breakfast, aku terus turun bawah skit dari hotel utk g amik gambar kat Ngarai Sianok & Lobang Jepang. Waktu tu baru je kol 7 pagi, batu2 kat Ngarai Sianok tu plak masih berkabus tebal lagi.. redah jela... Kat Lobang Jepang tu aku tak turun sampai ke bwh sebab takut.. dah la nak turun tu ade 200 lebih anak tangga ke bawah. Nanti nak naik balik, jenuh.
Sungai kecik diantara dua lembah. Antara Canyon yg masih ada di Asia Tenggara.. Butik Annisa ialah butik terakhir utk trip kali nie.. Aku just duduk depan kedai jela.. Dah jenuh nak cuci mata kat dalam kedai tu. Tapi ade jugakkkkk makcik2 yg tak abis2 menyoping kat sini.
Perjalanan menghala ke Tasik Maninjau utk melawat Rumah Kelahiran Buya Hamka. Seorang ilmuan islam terkenal di Indonesia. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih. Yg bestnya, kitorang akan melalui KELOK 44 iaitu jalan yg berlengkok2, curam menuju ke bawah. Bengkok abis mcm pusingan U. Gambar bawah nie diantara kelok yg sempat aku snap.
Tasik Maninjau dari bawah. sebelah tu gunung yg diliputi kabus tebal.
Pemandangan dari atas. Gambar nie plak diambil sebelum sampai ke kelok 44 tu. Ade satu tmpt rehat kat tepi jalan. Belakang kedai tu ade satu bukit yg cantik betul utk bergambar. background hijau mmg sedap mata memandang. Nyaman betulllllll... Akhirnya sampai jugak ke bawah di Rumah Kelahiran Buya Hamka. Skang dah jadi muzium utk menceritakan asal usul Buya Hamka. Lepas melawat muzium nie, kitoran naik balik ke atas utk ke bandar Bukittinngi semula.. Dalam perjalanan, pak supir dgn baik hatinya berhenti kat satu tmpt utk bergambar lagi.. Background yg betul2 cantikkkkkk... dari atas bukit... Siap dgn rumah tradisional di tepi tasik Maninjau.Sampai sudah ke bandar Bukittinggi..... Plaza nie terletak betul2 kat kawasan Jam Gadang & bersebelahan dgn Pasar Atas. Ronda2 kat kawasan nie selama 4 jam pun tak abis2.. Ade je benda yg menarik hati nak beli.
Time nie dah penat berjalan dah. Soping pun dah abis. Jam baru je pukul 6.15ptg. Tapi persekitaran dah mcm pukul 7.30mlm.
Dinner terakhir utk hari ke-3..... Masing2 dah bau masam lepas sepanjang hari berjalan sakan.

Lepas makan malam, balik hotel mandi2, terus turun ke bawah lagi kat tepi lobi. Peniaga2 kat sini amik kesempatan utk jual last minit kepada kami. Harga mmg murah giler2.. Tudung harga RM20, bleh dapat RM8. Telekung bleh turun hingga RM25 sepasang daripada harga bukak RM55.. Mmg tak abis2 berbelanjaaaaa la kalau mcm nie. Selagi duit tak abissss..
Esoknya... dah nak check-out dah.. muka senyum dalam sedihhhhh. hehe... Lepas breakfast, bertolak ke Padang utk pusing2 town sebelum menuju ke Airport...
Gunung Singgalang.. singgahan helang.
Kota Padang... sesak dgn pengangkutan awam... Tmpt nie tak senyaman bila berada di Bukittinggi.. Padang nie panassss...
Jambatan Siti Nurbaya.
Singgah amik angin jap di tepi Lautan Hindi kat hujung bandar Padang sambil tgok2 byk gerai yg jual telur penyu...
Lunch terakhirku.... Sekali 3 gelas minum jus. Yg putih tu jus durian belanda, yg tengah2 jus Epal, yg hijau tu jus feverete aku.... Jus Alpokat i.e. Jus avocado coklat. Nasik dah tolak tepi dah..
Last chance beramai2 dgn ahli trip dgn Pak Supir yg best & sporting. Kat Airport Minangkabau sebelum masuk utk check in..
Akhirnya... Selamat Tinggal bumi minang.. Ade rezeki ketemu lagi... Gambar diambil sebaik sahaja Airasia terbang di udara..... Wassalammm....

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete