Tuesday, March 24, 2009

Taman Buaya Melaka

Welcome to Taman Buaya, Melaka. Serba sedikit citer & jalan2 ke Taman Buaya Melaka especially kat Taman Permainan Air yg ade dalam Taman Buaya tu. Pintu masuk nie... nak kene panjat tangga la pulak... hehehe.. Macam2 entertainment yg ade kat sini. Ada rumah hantu.. jurassic park train.. kota sesat.. pertunjukan buaya dll... Tmpt salah satu tmpt pelancongan dalam negeri Melaka. Ianya berhadapan dgn Zoo Melaka/Night Zoo. Direction nak dtg sini teramatla senang.. Exit tol Ayer Keroh, jalan teruss.. jumpa Taman Mini Malaysia, terus lagi, jumpa la Taman Buaya & Zoo Melaka nie..


Layannnnnn.... Nie kat lobi utama. Replika buaya yg mama pegang nie sebenarnya buaya betul tapi dah di AWET ok. Nie aku re-type balik info pasal buaya yg bernama Jonny nie, bukan nak saja reka citer tau... (Cerita seperti kat papan tanda tepi Jonny). Alkisahnya......
Jenis: Buaya Tembaga.
Nama:Jonny.
Lahir: 1963.
Asal: Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam.
Masa ambil: 1985. Umur: 22 tahun. Berat: 8 pikul. Panjang: 15 Kaki. Lilitan: 53 inci.
Ketika mati: 1993. Umur:30 tahun. Berat 1 tan. Panjang 19 1/2 kaki. Lilitan: 98 inci.
Kisahnya..... seekor buaya jantan yg mula 'miang' hidup bebas di sebuah paya kepunyaan En. Ah Peng di Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam. Ia ditangkap bersama-sama 20 ekor buaya lain oleh 3 org 'Renjer' dari Taman Tasik S.M. Nor utk dipelihara di Taman ini. Oleh kerana buaya jantan ini yg terbesar dalam kumpulan itu, ia diberi nama 'JONNY'. Aksinya di kolam menarik perhatian pelawat. Ia kuat makan. Sekali diberi makan boleh menelan 15 ekor ayam seberat 3-4 kg seekor. Sifat kejantanannya menjadikan buaya jantan lain takut menghampirinya. Semua buaya betina adalah 'miliknya'. Jika buaya jantan lain 'mengendeng' buaya2 betina, akibat menjadi mangsa libasannya. Kekuatan libasan, 6 ekor mati. Jonny diasingkan kerana bengis & cemburu. Ia dimasukkan di kolam 5 meter dalamnya. Akhirnya Jonny mati kerana tidak dapat turun ke dasar kolamnya semula setelah 2 hari merangkak atas simen pada kolamnya. Sekian...

Hazimi nie agak berani jugak nak duk dekat2 ngan buaya nie. Buaya nie spesis ape ntah, dah lupa plak.
Nie spesis laut masin punya buaya. Jangan ingat kat laut takde buaya tau...

Nie jenis Buaya Bongkok. mcm unta da.... ade bonggol kat belakang.

Jenis buaya tembaga.. besauuuuuu (bak kata org melaka).

Welcome ke Taman Permainan Air plak.. Tiket dewasa RM10, kanak2 atas 5 tahun RM6.00. Jom layan gambar aksi anak2ku bermain air termasukla aku & asbenku...

Pemandangan dari pintu masuk Taman Permainan Air. ala2 playground, tapi dalam air. Taman nie khas utk kanak2 sahaja sebab tak berapa dalam. paling dalam pun paras pinggang org dewasa aje.. Stakat nak bawak anak dtg main2 air mmg bestla.. tepi kiri & kanan kolam ade bench & kerusi meja berpayung utk letak barang sambil makan2. Boleh bawak masuk makanan..







Tmpt nie sesuai utk org dewasa. Air yg turun dari atas tu mmg sedap kene kat badan kita. Terasa mcm di urut2.. syok betul...

Background tu tmpt panjat2 utk kanak2 sahaja... ala2 taman permainan gitu... lompat ajer terus masuk dalam air... bushhhhh!!!


Rehat jap sambil bersantai2 kat bench yg byk disediakan kat sane.

Dah nak balik dah..... Nie pintu masuk Taman Permainan Air kat Taman Buaya nie.. Ade guard yg jaga utk keluar masuk.
So korang2 semua, jom la jenjalan kat sini... tmpt mmg relax habis.. enjoy utk anak2 yg suka main air. Wassalam...

No comments:

Post a Comment