Wednesday, March 25, 2009

Happy Wedding Day lagi...

Kali nie, on 21 March 2009, happy wedding day to Ibrahim & Wife. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Majlis nie di umah pihak lelaki kat Segamat, Johor. Dekat2 dgn Tangkak & Air Terjun Gunung Ledang. Syoknya hari2 bleh g mandi air terjun.
Pakyem menjeling wife dia... sabor pakyem...

Sedapnya.... sampai dua kali tambah Hazimi makan. Maklumla jalan jauh.. Dari KL ke tmpt nie makan masa hampir 3 jam.

With Daniel... anak kesayangan Zam & Linda. Comelnye... Kulit gebu mcm baby girl.
Sebelum balik ke Alor Gajah, we all bergambar beramai2 dgn Pakyem & Wife. Siap tukar baju lagi kedua2 pengantin baru nie. Congratsss pakyem!

Medan Ikan Bakar Umbai

Malam minggu lepas aku g Medan Ikan Bakar Umbai. Tempat mmg best giler, havoc, happening & mcm2 lagilah.. Pilihan2 seafood mmg marvelesss.. Nie gambar kat atas jambatan pintu masuk medan selera nie. Gelap skit sebab lupa nak pasang flash. hehehe..
Antara menu yg menjadi favourite aku sekeluarga ialah, otak2, udang goreng tepung & buttered prawn. Yang lain2 biasalah.. ikan jenahak bakar.. ikan siakap sweet sour.. ikan terubuk bakar... Semua lauk2 nie bleh pilih samada nak mkn dgn nasik lemak panas atau nasik putih. Tiap2 meja mmg dah siap sedia dgn nasik lemak bungkus tapi still panas.. Gerai favourite aku, No. 5 Gerai Kita. Service tip top, makanan semua sedap2 belaka.



Yg pic atas nie, buttered prawn & ikan jenahak bakar. Pic bawah, so yummy sotong goreng tepung. Lain2 tmpt aku takkan jumpa yg rasa sesedap kat gerai nie.
Makan timeeee.......


Hanis Hashilah dgn jelly kelapanya.... Sedap tau..

My mom, Helmi Hazimi & My Grandmother..

Masa untuk beramah mesra, bergurau senda gitu.. hehehehe...

Lepas kekenyangan, g beli buah tangan sambil cuci mata kat gerai2 souvenier kat sini. Ade la dalam 10 buah gerai yg jual bermacam2 benda kat sini. Aku sempat beli cakar ayam & sate ikan je masa nie.

Sebelum balik, posing time utk anak2ku termasukla aku ngan asbenku.. hehee...

Bawah nie gambar the only one adikku with her family. Anak lelakinya di beri nama Afiq Haikal bin Ahmad Kamil.... lahir awal 3 hari dari anakku, Hanis Hashilah. hehehe... Hingga berjumpa lagi.. nak balik dah masa nie... Peaceeee!!!

Tuesday, March 24, 2009

Taman Buaya Melaka

Welcome to Taman Buaya, Melaka. Serba sedikit citer & jalan2 ke Taman Buaya Melaka especially kat Taman Permainan Air yg ade dalam Taman Buaya tu. Pintu masuk nie... nak kene panjat tangga la pulak... hehehe.. Macam2 entertainment yg ade kat sini. Ada rumah hantu.. jurassic park train.. kota sesat.. pertunjukan buaya dll... Tmpt salah satu tmpt pelancongan dalam negeri Melaka. Ianya berhadapan dgn Zoo Melaka/Night Zoo. Direction nak dtg sini teramatla senang.. Exit tol Ayer Keroh, jalan teruss.. jumpa Taman Mini Malaysia, terus lagi, jumpa la Taman Buaya & Zoo Melaka nie..


Layannnnnn.... Nie kat lobi utama. Replika buaya yg mama pegang nie sebenarnya buaya betul tapi dah di AWET ok. Nie aku re-type balik info pasal buaya yg bernama Jonny nie, bukan nak saja reka citer tau... (Cerita seperti kat papan tanda tepi Jonny). Alkisahnya......
Jenis: Buaya Tembaga.
Nama:Jonny.
Lahir: 1963.
Asal: Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam.
Masa ambil: 1985. Umur: 22 tahun. Berat: 8 pikul. Panjang: 15 Kaki. Lilitan: 53 inci.
Ketika mati: 1993. Umur:30 tahun. Berat 1 tan. Panjang 19 1/2 kaki. Lilitan: 98 inci.
Kisahnya..... seekor buaya jantan yg mula 'miang' hidup bebas di sebuah paya kepunyaan En. Ah Peng di Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam. Ia ditangkap bersama-sama 20 ekor buaya lain oleh 3 org 'Renjer' dari Taman Tasik S.M. Nor utk dipelihara di Taman ini. Oleh kerana buaya jantan ini yg terbesar dalam kumpulan itu, ia diberi nama 'JONNY'. Aksinya di kolam menarik perhatian pelawat. Ia kuat makan. Sekali diberi makan boleh menelan 15 ekor ayam seberat 3-4 kg seekor. Sifat kejantanannya menjadikan buaya jantan lain takut menghampirinya. Semua buaya betina adalah 'miliknya'. Jika buaya jantan lain 'mengendeng' buaya2 betina, akibat menjadi mangsa libasannya. Kekuatan libasan, 6 ekor mati. Jonny diasingkan kerana bengis & cemburu. Ia dimasukkan di kolam 5 meter dalamnya. Akhirnya Jonny mati kerana tidak dapat turun ke dasar kolamnya semula setelah 2 hari merangkak atas simen pada kolamnya. Sekian...

Hazimi nie agak berani jugak nak duk dekat2 ngan buaya nie. Buaya nie spesis ape ntah, dah lupa plak.
Nie spesis laut masin punya buaya. Jangan ingat kat laut takde buaya tau...

Nie jenis Buaya Bongkok. mcm unta da.... ade bonggol kat belakang.

Jenis buaya tembaga.. besauuuuuu (bak kata org melaka).

Welcome ke Taman Permainan Air plak.. Tiket dewasa RM10, kanak2 atas 5 tahun RM6.00. Jom layan gambar aksi anak2ku bermain air termasukla aku & asbenku...

Pemandangan dari pintu masuk Taman Permainan Air. ala2 playground, tapi dalam air. Taman nie khas utk kanak2 sahaja sebab tak berapa dalam. paling dalam pun paras pinggang org dewasa aje.. Stakat nak bawak anak dtg main2 air mmg bestla.. tepi kiri & kanan kolam ade bench & kerusi meja berpayung utk letak barang sambil makan2. Boleh bawak masuk makanan..







Tmpt nie sesuai utk org dewasa. Air yg turun dari atas tu mmg sedap kene kat badan kita. Terasa mcm di urut2.. syok betul...

Background tu tmpt panjat2 utk kanak2 sahaja... ala2 taman permainan gitu... lompat ajer terus masuk dalam air... bushhhhh!!!


Rehat jap sambil bersantai2 kat bench yg byk disediakan kat sane.

Dah nak balik dah..... Nie pintu masuk Taman Permainan Air kat Taman Buaya nie.. Ade guard yg jaga utk keluar masuk.
So korang2 semua, jom la jenjalan kat sini... tmpt mmg relax habis.. enjoy utk anak2 yg suka main air. Wassalam...

Thursday, March 12, 2009

Night Zoo @ Zoo Melaka

Kali nie jom layan gambar2 kenanganku di Night Zoo Melaka pada 8 March 2009 @9.00pm yg lepas. Memandangkan ada amaran sebelum masuk iaitu "camera dilarang dibawa masuk" so aku sorok2 jugak bawak & curi2 ambil gambar. That is why hanya gambar2 nie je yg aku dapat snap selepas aku tgk pengunjung2 lain pun dgn selamba amik gambar diorang tanpa rasa bersalah. hehehe...
Papan tanda harga utk bayaran masuk...
Tiketku yg berharga 10 hengget..
Gambar kenanganku bersama keluarga. Kat sini mmg open utk bergambar. Kalau kat sini pun tak boleh bergambar, mmg takde maknelah dtg sini.. hehe...
Sempat lagi posing acara solo.

Masa nie kat main station tgh q tunggu train. Pelawat2 amat digalakkan naik train mengelilingi seluruh kawasan Zoo. Banyak kawasan2 Zoo yg gelap gulitaaa. Betul2 dalam hutan. Mmg best! Langsung tak terasa penat berjalan meronda seluruh kawasan Zoo. Perjalanan dgn train tu, siap ade pemandu pelancong yg akan bercakap non-stop. Dia akan terangkan byk info sepanjang2 perjalanan tu.. So takkan rasa boring punye... Diorang galakkan naik train nie utk mengelakkan tersesat jalan, maklumla gelap... kang naya dibaham harimau. kekekeke.. Tapi mmg gelap betul, ada masa2nya, train pun tak pasang lampu. Menurut kata pemandu pelancong, hanya kandang2 utk haiwan2 yg aktif di waktu malam sahaje yg akan dipasangkan lampu. Haiwan2 yg tak aktif mmg kita tak boleh nampak ape2 pun sebab takde lampu yg dipasang dikawasan tu. Ade dua tmpt check point yg mana train akan berenti turunkan semua pelawat. So semua pelawat berpeluang jalan2 disekitar check point tu. Check point pertama ialah kawasan harimau, singa & buaya.. Check point kedua ialah kawasan ular2 dan haiwan2 reptilia. 10 minit lepas tu, train lain plak akan dtg ambil balik pelawat2 tu utk perjalanan seterusnya.

Dalam train with my asben & anak2.. tapi train lom gerak lagi... Tgokla background tu.. mmg betul2 gelap, pemandu pelancong hanya bawak tourch light kecik aje mase nie. Diorang nie risau ade haiwan2 yg terperanjat tgok cahaya akan bertindak agresif.
Burung Tiong Mas.. pandai bagi salam tau... asal ade je yg dtg tgok dia, burung nie siap bagi salam berlagu2 lagi.. "Hai" atau "Hello" pun ade.. Ingatkan burung kakak tua je pandai bercakap.
Ular daun.. dalam senyap2, sempat jugak asbenku snap gambar nie... jadila.. better than nothing kan?
Sebelum check out keluar, sempat jugak kitorang singgah kat souvenier shop kat dalam tu. Agak besar jugak. Harga pun boleh tahan... Harga pelancong.. So aku pun berposing aje la.. Tak beli ape2 pun.. saja cuci mata masa nie.Sekian sahaja.... nak balik dah masa nie. Korang semua, jomla g jalan2 Night Zoo nie.. Best jugak la sesekali merehatkan minda sambil bersantai2...