Monday, April 27, 2009

Mandi Manda di Wet World Shah Alam

Weekend lepas g bersantai kat Wet World Shah Alam lagi... on 19 April 2009 (esoknya besday Hashilah 2 tahun....) Saja nak happykan budak dua org nie.. Bawak g mandi-manda main air kolam... Kali nie hashilah still free, tak kene bayar masuk, tapi Hazimi kene sebab dah melebihi 90cm.. RM8.00 je. Dewasa RM10.00. Sampai sane dalam kol 3ptg. Cuaca mendung tak panas.. mmg best berendam time tak panas.. Pelik betul org tak ramai time nie.. Best betul mandi time tak ramai org. Rasa tmpt tu kitorang yg punyaaaa.....Salah satu tmpt meluncur kat sini.. selamat utk kanak2.. Papa & hashilah dah ready nak turun bawah!! Hazimi nak memulakan aksi silat dalam air.. hehehe.. Kalau dah lelaki tu.. hyperaktif mmgla dah terrroverrrr.. Hashilah with papa.. pompuan nie skang dah pandai main air. Dah boleh jalan sorang2 dalam air walaupun air tu paras dada dia. Kadang2 siap bengkokkan lutut wat aksi mcm nak menyelam..

Gambr bawah nie, sorang anak nenek sorang anak papa.. Anak mama on the way... coming soonnnnnn..... hehehe...

Trip to Bukittinggi, West Sumatera - Day 2

Day 2 dimulai dgn breakfast @6.30am kat Hotel.. Makanan biasa2 aje mcm kat malaysia jugak.. Hari kedua nie kitorang berjalan sakan dari pagi hingga ke malam. Masing2 semua mmg tak sabar sungguh nak memulakan hari kedua kat bumi minangkabau nie.. Nie la bas pariwisata aka Bas Pelancong yg membawa kami sepanjang 4 hari trip.

Tempat pertama ialah Butik Komala Sari. Pemilik butik nie mmg selalu g Malaysia utk hantar tempahan2 yg dibuat oleh org2 malaysia. Besar jugak butik dia cum with house nie.. 3 tingkat. Urusniaga kat butik nie pun boleh dibuat dalam RM. Kat sini aku hanya beli t-shirt2 je.. antaranya t-shirt Hard Rock Cafe.. hehehe.. tapi Jakarta mari punya...

Tempat kedua kami ialah Sekolah Sulaman Hjh. Rosma di Kampung Baso dipinggir Bandar Bukittinggi. Bahagian depan umah ialah Butik Hjh. Rosma, semua hasil2 sulaman dijual disini dgn harga RM100 ke atas. Di sebelah belakang ialah pusat latihan/sekolah belajar menyulam. Yg pastinya sulaman mmg original sebab di hasilkan dgn tangan menggunakan mesin jahit lama.
Sessi bergambar dgn pemilik perusahaan ini... ibu hajah Rosma (yg duduk sebelah aku tu..).
Sempat jugak la aku amik port utk berposing kat mesin jahit sulam nie.. ala2 budak baru belajar menyulam... hehehehe..

Sebelum balik, posing kat depan Butik... Sebelum tu, sempat jugak aku beli Kuih Sagun Bakar kat Butik nie.. Harga RM10 utk 3 bungkus. Lunch time... kali nie kami dibawa ke Rumah Makan Pondok Flora dgn spesifik Ikan Bakar, di kawasan Sungai Tarap-Batu Sangkar. Kawasan yg mmg cantik, dikelilingi sawah padi.. Uniknya restoran nie dibina di atas kolam ikan. Semua tmpt makan yg ada dalam restoran nie mmg atas kolam ikan. Sambil makan, sambil cuci mata tgok ikan2 yg berjuta2 lemon dalam kolam tu. Lempar aje sisa makanan, beribu2 ikan timbul. Tak puas betul makan kat sini..


Lepas makan siang di Pondok Flora, kami mengunjungi pusat memproses Kopi Kiniko & Pisang Salai. Tmpatnya, di kampung Tabek Patah. Terletak betul2 dalam kawasan kampung dah agak pedalaman. Antara buah tangan yg aku beli dari sana.. Pisang Salai nie kurang mengandungi bahan pengawet, so tak boleh simpan lama2.

Kopi Kiniko... Aku beli sampai 1 papan mcm nak meniaga kat kedai plak. Kopi asli mmg best!
Pak Supir tgh brief skit cara penghasilan kopi nie & khasiat2nya... Minum kopi free sambil kunyah pisang salai... Kawasan plak dikelilingi pokok kopi.. So bau yg menyegarkan...

Ibu ku & makcik Ros tgh menikmati kopi yg beraroma segarrr..... hehe
Lepas menyegarkan mata & memanaskan badan, kami bertolak ke Pagarruyong.. Tapak sejarah Istana Pagarruyung... Oleh kerana kesuntukan masa, kami tak berada lama disini pun.. Sempat jugak la bergambar dgn semua ahli trip. Memandangkan dari satu tempat ke satu tmpt agak jauh, hari kedua kami mmg kurang memenatkan.. mmg enjoy habisss... Duk seharian dalam bas pun takpe sebab pemandangan di sepanjang perjalanan mmg sesuatu yg terindah di bumi minangkabau nie...

Hari pun malam.... it's time for Dinner.. Kami tiba dihotel lebih kurang pukul 7malam utk berehat2 & solat sebelum keluar utk makan malam... Tmpt kali nie ialah di Restoran Rindu Alam. Terletak di tengah2 kawasan kota Bukittinggi.. Again.... masakan minang lagi.. Lepas makan, kami dibawa pusing2 sekitar kota Bukittinggi utk melihat suasana malam di sini...
Siakap sweet sour... yummmyyyyy...
Kangkong belacan dihidangkan di dalam Hot plate. Mmg berasap at the moment waiter hantar ke meja.
My lovely Jus Alpokat iaitu Jus Avocado + Coklat.. Mmg besttttttt!!!! Sape yg dtg bumi minang yg tak pekena Jus Alpokat nie, mmg rugi... Tekstur pekat ala2 yogurt tapi manissss....

Habis citer di hari kedua.... Hari ke-3 iaitu hari hijau bakal menyusul...tunggguuuuu....

Friday, April 24, 2009

Trip to Bukittinggi, West Sumatera - Day 1 (4 April 2009)

Welcome to bumi hijau... bumi minang...
First of all, citer pasal my lovely trip to Bukittinggi, West Sumatera selama 4 hari 3 malam dengan mengikuti pihak Mohabbad Travel Agency. Satu kenangan yg tak mungkin luput dari ingatanku. Pada jam 3.00pm waktu Indonesia, pesawat airasia selamat mendarat di Airport Minangkabau, Padang, Indonesia...
Minangkabau Airport Welcome to West Sumatera!!!!!
After we all check-out dari Airport, kami dibawa dgn bas persiaran yg tak berapa besar. Lebih kurang size bas mini je. Boleh muat 25 org. Pemandu pelancong a.k.a. Supir kami ialah Pak Wem dibantu oleh Pak Oyong. Time to have our 1st Lunch there. Tmpt pertama utk lunch ialah Rumah Makan Lamun Ombak. Semua ahli trip makan sampai tak ingat, maklumla dah pukul 3, masing2 mmg tgh kelaparan. Lauk2 masakan Padang mmg best giler. 1 set makanan ade lebih kurang 15 jenis lauk. Layannn....


Ayam berlado faverete ku.. Susah nak jumpe ayam biasa. Selalunya diorang guna ayam kampung utk setiap masakan.

Lepas makan di Padang, kami bertolak ke Bukittinggi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan ke Bukittinggi sebijik mcm jalan menaiki Cameron Highland. Betul2 adventure... Lebih kurang 1 jam sebelum mencecah ke Bukittinggi, di kiri & kanan jalan terdapat umah2 minang yg dilengkapi dgn sawah padi bukit & kolam ikan. Mmg uniikkk... kat Malaysia jarang jumpa yg mcm tu. Sebelum sampai ke Bukittingi, kami singgah disatu tempat peranginan ala2 Lata Iskandar di Cameron Highland. Tapi nama tmpt tu ialah Air Mancur Lembah Anai... Relax abis tmpt nie.... dgn kehijauan gunung ganang & bukit bukau.. rasa mcm nak mandi je kat situ. Tapi memandangkan hari dah semakin petang, kami berhenti utk bergambar 10 minit aje... Lepas tu kami teruskan perjalanan lagi..



Gunung Singgalang... iaitu gunung singgahan Helang.
Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami singgah ditmpt shopping yg pertama... Butik Putri Minang. Terbang 1 juta rupiah mase nie. hehehehehe.... soping telekung, baju anak2 & blouse. Tak ketinggalan kain ela yg disulam utk buat baju raya. hehehehe.. Mmg rambang mata.. rasa nak rembat semuanya!!


Makan time lagi... kali nie dinner plak di kota Bukittinggi... Rumah Makan Gon Raya.. tetap stail makan yg sama... stail Padang..
Lepas dinner, time to check-in hotel. Hotel yg diberi nama Gran Malindo Hotel. Kebanyakan hotel di Bukittinggi nie takde aircond. Maklumla tmpt pun ala2 fraser hill ataupun cameron highland.. Aircond mmg takde pun takpe. Time malam2 mmg sejukkkk... tapi tak la sampai menggigil... Photo depan hotel nie aku snap masa pukul 6 pagi hari kedua sebab malam nak check-in tu tak sempat nak snap, dah gelap... Azan subuh kat sini pukul 5pagi. So kami mmg bangun awal pagi & turun sarapan pada pukul 6 pagi sementara nak tunggu sarapan siap pukul 6.30pagi. Mmg udara segar bangatttt time tu.
End of our first day... Cerita utk 2nd Day menyusul nanti...